Tempahan & Syarat



CARA MEMBUAT TEMPAHAN


1.Call Azizi (0195058884)

2. Sila maklumkan maklumat diri dan tetapkan tarikh tempahan (tarikh masuk dan keluar)

3.Deposit RM 100 untuk 1 malam perlu dijelaskan  ke dalam akaun Maybank Azizi (nombor akaun akan diberi   melalui SMS)

PERHATIAN: TEMPAHAN AKAN DIKIRA SAH SETELAH PENGESAHAN DEPOSIT DITERIMA.
bagi mengelak sebarang masalah, mohon pembayaran deposit dilakukan dengan kadar segera.

4. Setelah deposit dibuat, sila SMS butiran seperti berikut:
  • Nama & no. IC
  • Tarikh tempahan - masuk dan keluar
  • Masa dan tarikh deposit dibuat
5. Sekiranya terdapat pembatalan atau masalah sila beritahu pihak kami dengan kadar segera sebelum tarikh penginapan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

6. Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dilakukan kurang dari 5 hari dari tarikh tempahan.

7. Baki pembayaran mestilah dibuat pada hari anda menerima kunci semasa DAFTAR MASUK di Zarra guest house LANGKAWI dan bayaran perlu dijelaskan secara TUNAI sahaja.Resit pembayaran akan diberi.


8. Masa “check-in” 2.00 petang, “check –out” 12.00 tengah hari. Sekiranya pada hari sebelum tidak ada tempahan, masa check-in boleh diawalkan mengikut  persetujuan.


                                                             *******************************

SYARAT YANG PERLU DIPATUHI SEPANJANG BERADA DI ZARRA GUEST HOUSE LANGKAWI

  1. Bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan semasa  menginap disini. Pastikan pintu dan tingkap dikunci semasa anda tidur atau keluar.
  2. Penghuni diharap dapat memastikan  semua suis termasuk  kipas / lampu /aircond ditutup setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay.
  3. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
  4. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
  5. Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan. 
  6. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang semasa anda berada di dalam bilik.
  7. Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
  8. Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan.
  9. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.

No comments:

Post a Comment